Galeri WAMIDA

Berita Terbaru

Jemputan Kenduri Kesyukuran

Ditulis Oleh WAHTA WANDAU pada Thursday, February 4, 2010 , di | comments (1)



Salam alaik..

Jemputan khas untuk semua ahli WAMIDA ke Majlis Kesyukuran BBQ Rusa di Teratak Budi 427 pada 13 Februari 2010. Kenduri ini merupakan Majlis Kesyukuran meraikan kemenangan kes besar oleh Tetuan Wan Rohimi dengan FELDA pada pertengahan bulan lalu.

Aturcara majlis adalah rahsia, semua ahli teramat dialu-alukan untuk pulang ke kampung halaman di Bechah Mulong untuk sama-sama meraikan majlis ini. Majlis ini ditaja sepenuhnya oleh OKB Tetuan Wan Rohimi. Sebanyak 3 ekor rusa akan ditumbangkan pada majlis ini,termasuk 1 ekor yang akan dihantar ke Felda Kemahang 3, Tanah Merah.

Di samping majlis BBQ, moga tidak lupa juga majlis solat hajat dan doa selamat untuk semua. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada Presiden WAMIDA. Sebar2 kan..

Tahniah kepada Tetuan Wan Rohimi

Ditulis Oleh WAHTA WANDAU pada Tuesday, January 19, 2010 , di | comments (1)



Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Sumber asal : Malaysiakini.com

Konvo Maisarah

Ditulis Oleh WAHTA WANDAU pada Saturday, January 16, 2010 , di | comments (1)



Assalamualaikum semua,

(Wan Maisarah menulis...)



Tentang Konvokasi yg dah lama lepas (10.10.09), tapi masih perlu dirakam sebagai satu peristiwa yg bersejarah dlm hidupku=)



Bertempat di UIAM Gombak, Konvo ni takla menarik sgt sebab ia bukanlah tempat saya belajar (tp di UIAM kampus Kuantan). Lagipun, "Excitement" juga dah kurang sebab saya dah 2 bulan bekerja masa tu. Walau bagaimanapun, ia menjadi cukup bermakna kerana dihadiri oleh mereka2 ini (sila lihat gambar dibawah).



ini Bonda, watak utama (selain saya) yg hadir pada majlis tersebut.
Terima Kasih daun keladi=)




Dari kiri; Safwan, Knor, Balqis, Sarah, Bonda, Iqbal, KZati & Amjad.
haaaa...Iqbal paling susah nak dapat gmbr dia, sbb suka berlari sana sini~


Kat luar ACC Hall lepas majlis.
Safwan tgh berangan dgn bunga-bungaku~


Kami posing berlatarbelakangkan kereta mewah Sultan Pahang.
Kelihatan Amjad berminat dgn topi senget Cik Alang ~Haihhh


Bersama Bonda, Knor, Abg nazil & anak-anak depan bunting IIUM CONVO.
Posing2 sementara menanti Abg Mi & keluarga sampai.


Cubaan ibu bapa utk menyusun anak2 bergambar..tapi tak berhasil.
Semua tak makan saman~hehe



Apapun, saya cukup gembira sebab dapat baanyaaak bunga & bear pada hari itu=)

Sekalung penghargaan buat semua yang hadir ye.
sKonvo saya yang seterusnya, harap boleh datang lagi.. insyaAllah=)